Sambungan dari posting pertama iaitu pengenalan diriku
Di posting kali ni aku nk ceritakan pengalaman aku sebagai seorang anggota TUDM bermula dari tahun 1995 hingga lah skrg. Sebelum2 ni mesti mesti korang dah byk baca pasal kehidupan tentera terutama yg berpangkat tinggi. Kat blog aku ni aku akan ceritakan tentang kehidupan aku yg bermula kerjaya sebagai anggota TUDM iaitu peringkat bawahan sehinggalah sekarang. Maybe episod ni akan berpanjangan sedikit atau maybe akan bersambung-sambung. So kalau korang berminat, korg kena la tunggu ye.. huhu
Aku memulakan hidupku sebagai seorang anggota TUDM pada 27 Okt 1995. Itu adalah tarikh keramat aku dan juga skot2 aku mengecap 10 jari dan juga mengangkat sumpah taat setia kepada raja dan negara sebagai seorang ksatria negara seperti yg terkandung di Ikrar Kesatria.
Sebelum hari angkat sumpah tu aku dan kawan2 aku (kami berlima) dari Kuala Terengganu menaiki bas free. Kira2 2 minggu sebelum hari angkat sumpah tu. Kami dapat waren bas yg diberikan kepada kami melalui pos dan ditukarkan tiket bas utk perjalanan ke Ipoh itu. Pada hari sampai ke ipoh tu, pihak TUDM Ipoh menunggu kedatangan kami di Stesen Keretapi Ipoh. Pada masa tu stesen bas Ipoh masih di Medan Kidd dan sekarang ni dah dipindahkan ke Medan Gopeng yg mana berdekatan je dgn tempat latihan TUDM tu. Dah la kami ni semua 1st time sampai ke Ipoh tu. Sorang pun tak tau selok belok tentang bandar Ipoh. Huhu... So untuk ke Stesen Keretapi Ipoh tu terpaksa la kami ambil teksi dengan bayar tambang sorang sikit.
stesen bas Medan Kidd, Ipoh
stesen keretapi Ipoh
Bila dah sampai ke stesen keretapi tu, aku tengok dah ramai org berkumpul kt situ dan ada trak askar (3 ton) kt situ untuk jemput kami. Aku ni dah la 1st time naik benda alah tu (3 ton). Memang excited gila la jawabnya. huhu... Then bila dah penuh je 3 ton tu pun bergerak la ke TUDM Ipoh. Dekat2 dengan Airport Ipoh. Biasa la Airforce kan biasa dengan kapal terbang. So kebanyakan kem TUDM pun berdekatan dengan mana airport. Contohnya PU Subang, PU Butterworth, PU Kuantan, PU Labuan, PU Kuching, KTU Alor Setar dan juga PU Kuala Lumpur (KL Base) yg mana merupakan pangkalan TUDM yg pertama dalam sejarah TUDM dan juga merupakan lapangan terbang pertama di Malaysia. Sebab itu lah alamat PU Kuala Lumpur diberikan nama Jalan Lapangan Terbang Lama.
pintu masuk KL base
Ok berbalik pada cerita tadi. Sampai je kat Sekolah Tentera Udara (STU), Ipoh. Sekarang dah ditukarkan nama Institut Latihan Tentera Udara (ILTU), Ipoh. Buat pertama kali aku memasuki kem askar. Memang lain dia punya environment. Masuk je pintu gate utama, nampak padang kawad di sebelah kanan. Bukan main besar lagi padang kawad dia. 1st time tengok apa itu padang kawad. Then 3 ton drop kami kat blok2 rekrut. Sekarang ni dah tak panggil rekrut dah. Budak millinium sekarang ni diorg digelar Prajurit Muda.
Dulu nama tempat ni Sekolah Tentera Udara, Ipoh
Bila dah drop then semua turun dengan beg masing2. Ada sorang jurulatih berpangkat Koperal Udara atau singkatannya Kpl U (nama dia aku lupa... huhu). Dia telah membacakan nama2 untuk menginap di mana2 blok yg telah ditetapkan. Aku ingat aku dapat lah dok dengan kawan 1 kampung aku tu tapi rupanya tak. Setahu aku diorg pisahkan mengikut negeri2 sebab taknak jadi kenegerian. Takut gaduh la tu.
So aku dapat dok blok 59 pada masa tu. Blok aku tu adalah blok yg mula2 sekali di tepi jalan. BErdepan juga dgn blok perempuan. Cuma blok perempuan ni dihalang dgn zink. Taknak bagi geng lelaki skodeng la tu. huhu... Semua blok rekrut ada 12 blok. 1 blok blh dimuatkan lebih kurang 30 orang. Semua katil double decker macam katil kat asrama tu. Kami diberikan 1 locker besi yg kecik tu. Boleh la muat baju2 yg aku bawak tu.
Bila dah masuk ke blok aku tu, ada sorang mamat ni aku tengok mcm dah agak berumur la. Dalam hati aku mesti staf sini jugak ni. Dia siap pakai baju sweeter ada tulis RAMD, Rejimen Askar Melayu DiRaja... wowww.. gila lah.. mesti orang lama nih.. dia siap jerit "baris semua sekali depan blok, ambil tray untuk korang makan ni 1 sorg. Jangan berebut!!". Apa lagi, kami 1 blok ni kelam kabut la berbaris depan blok tu then ambil la tray makan tu 1 sorg.
lebih kurang macam ni tray dia
Dia pun bagi penerangan tentang peraturan seperti tatacara, pakaian dan lain2 untuk pergi makan di dewan makan yg dipanggil Mess Rekrut serta masa yg dibenarkan untuk pergi makan. Masa makan pagi dari jam 0600H hingga jam 0700H, lepas tu jam 1000H, makan tengahri jam 1300H hingga 1400H, makan malam jam 1800H hingga jam 1900H. Sebelum pergi makan pulak kena berbaris dulu then seorang kena jadi skuad leader untuk lead anggota pergi makan kt mess tu. Jarak antara blok kami ke mess tu lebih kurang dalam 200 meter. Mess pun dipecahkan kpd 3 mess kerana setiap intake rekrut akan dipecah kepada 3 sayap. Setiap sayap terdiri dari 3 blok rekrut.
Pada hari pertama tu kami cuma makan tido je la. Dia punya bosan tu jangan cakap la kan...haha.. Nak buat apa pun tak tau. Rokok tu jangan cakap la. Asal bosan je cucuh, asal cucuh je bosan. hahaha... Pada keesokkan harinya iaitu hari isnin tu baru la kami dipanggil untuk sesi penerangan oleh team Pengambilan TUDM. So dipendekkan cerita dalam masa 2 minggu tu la kami diuji dan diperiksa dari semua sudut samada dari segi fizikal, mental dan juga dalaman (kesihatan). Ramai juga yg tidak menepati syarat dihantar balik oleh pihak TUDM masa tu. Masa mula2 lapor tu tak silap dalam 400 org semua sekali intake aku tu. Lepas reject2 semua dah habis dibuang dan tinggal la lebih kurang dalam 380 org je yg boleh dikatakan fit untuk menjalani latihan ni.
Dipendekkan cerita bila semuanya selesai, tibalah masa untuk kami semua mengangkat sumpah taat setia. So kami kena berkumpul di padang kawad bersama beg2 yg kami bawa tu dengan berpakaian planters (baju kemeja lengan panjang putih bertali leher dan seluar slack hitam) manakala perempuan pula kena pakai baju kurung tak kira Islam atau tidak.
Sebelum angkat sumpah tu pihak pengurusan tanya kpd kami kalau ada sesiapa yg nak tarik diri sebelum angkat sumpah tu. Kalau lepas angkat sumpah tu memang tak boleh nak keluar dah la jawabnya. Kecuali ada kes tertentu seperti kes dadah atau masalah kesihatan. Masa tu ada la dalam 5 orang yg tak nak teruskan latihan tu. So mereka pun dibenarkan untuk balik. Aku ni memang dah niat dalam hati ikut mana pun aku akan habiskan latihan ni. Buat malu orang kampung je kalau aku balik kampung. Dah la aku takde keje kt ganu tu. huhu
Lepas tu kami pun angkat sumpah beramai-ramai di tengah2 padang kawad tu. Habis je angkat sumpah, kami diserahkan kpd pihak STU Ipoh daripada pihak pengambilan untuk urusan seterusnya. Then kami diberikan masa 5 minit untuk ke tempat berkumpul di blok rekrut. Apa lagi, berterabur semua lari pergi ke sana pulak.. hahaha
Lepas tu kami diberikan sesi taklimat dan pembahagian blok yg baru pulak. Aku diberikan untuk tinggal di blok 70. Blok aku adalah blok paling hujung sekali, dekat dengan selekoh. Ada pokok gelang yg besarnya 3 pemeluk dan juga pokok buluh manik (yg kuning tu) dan juga dikelilingi pokok bunga pagar serta macam2 lg pokok bunga. Then kami yg semua penghuni blok 70 bergerak ke blok bersama-sama incas blok tu untuk sesi suaikenal. Sampai je kt blok 70 tu, jurulatih tu tanya "sape merokok sila tinggalkan diluar blok ni. Tidak dibenarkan kamu merokok semasa sesi latihan ni selama 6 bulan ni. Sesiapa yg ditangkap merokok, nahas jawabnya." Aku tengok ramai perokok2 ni campak rokok depan jurutlatih tu. Aku pun ikut sama. Lepas tu jurulatih tu suruh buang sekali pemetik api. Masa tu aku takde lighter tapi aku ada zippo!! Dah la aku syg gila kt zippo aku ni. Aku dah siap mod buat bunyi ketingggg bila bukak penutup tu. Adehhh camana nih? Kalau aku kena tangkap sakit pulak jawabnya. Aku malas nak panjang cerita, aku terus campak zippo kesayangan aku tu depan jurulatih tu (dia yg suruh campak). Kawan sebelah aku tengok, dia cakap "wehhh... zippo tu.. syg wehhh...". Aku cakap la.. "dari aku kena dengan jurulatih ni baik aku serah je kt dia. Benda ni boleh beli lain.. takpe lahh". Kawan aku tu angguk berserah je la..haha
So lepas tu kami pun diberikan kebebasan memilih untuk berkongsi katil dengan sesiapa pun. Pada masa tu maklum lah kami saling tak kenal antara 1 sama lain. So aku redha je la dok dgn sape pun. So buddy capoi aku (bahasa askar) nama dia sahim, orang melaka. Skot2 aku panggil dia dgn panggilan joe. Sampai skrg ni joe buddy baik aku. So mula pada hari tu bermula lah episod aku menjadi anggota rekrut Tentera Udara. Selagi belum habis atau passing out, selagi tu belum tentu lagi kami akan menjadi anggota TUDM. Kami selalu diberi nasihat oleh team Pengambilan TUDM dan juga jurulatih utk sering menjaga dari semasa latihan. Berhati-hati dalam semua aspek agar tidak tercedera atau mendapat apa2 kecelakaan. Kalau apa2 yg jadi yg melibatkan fizikal atau mental, kemungkinan kami akan dihantar pulang dan tidak akan diterima lg utk meneruskan latihan mahupun utk menjadi seorg anggota TUDM.
Pada keesokan harinya, kami semua dikehendaki pergi ke tempat gunting rambut. Kena kasi potong macam rambut askar la derrr...huhu.. Dah la masa tu aku ni antara rekrut yg berambut panjang jugak la. Kira2 cecah bahu jugak la rambut aku tu. Tapi dalam ramai2 tu ada sorang ni rambut dia dh mcm mat rock. Panjang gila sampai lebih bahu. Masa kena potong tu ada la sorang awek ni tegur aku alahaii sayangnya rambut panjang kena potong. Aku just senyum je la. Nak buat camana kan? Dah nak sangat jadi soljar..hehe
So pada keesokan harinya, bermula la sesi Suaikenal ataupun dipanggil minggu orentasi. Hari pertama kami dikenalkan tempat2 di dalam kawasan TUDM Ipoh tu dengan berlari beramai-ramai. Sampai je satu2 tempat, macam2 la kena buat, kena pumping la kena lari la. Ikut suka jurulatih tu la. hahaha... Hari kedua pula kami diberikan baju2 seragam di stor pakaian. Bermula dari pakaian no 1 hingga la no 9. Jenuh jugak la kami yg baru2 nk jadi askar ni nak ingat jenis2 pakaian ni pada mulanya. Dah lama2 tu ok la. hehe.. Baju dan seluar tu diorg pakai baling2 je. Sape yg dapat ikut saiz tu ok la. Tapi majoriti saiz besar2. So terpaksa la kami hantar ke tailor untuk alter kecikkan baju or seluar tu. Semua tu adalah percuma. Hehe..
So dipendekkan cerita pada minggu pertama tu kami banyak diberikan dengan urusan pertadbiran sahaja. Belum bermula betul2 punya training lagi tapi dah macam2 kami kena.. haha..
Pada minggu kedua tu la kami dikenalkan dgn bermacam2 style training tentera. Berguling (side roll), foward roll, lompak katak, kongkek babi, starjump, skuadjump, PT 10, comando rest dan macam2 lg la. Kami kena bangun jam 0500H untuk persediaan solat subuh di surau. 5 waktu kami kehendaki pergi ke surau. Surau pulak agak jauh dari blok kami. Untuk solat, kami kena pakai baju melayu lengkap bersampin. Setiap minggu untuk solat Jumaat, kami kena berbaris beramai2 berkawad utk ke masjid terdekat. Iaitu masjid medan gopeng. Pisang yg disediakan kt masjid tu habis kat kami je la jawabnya. Itu adalah salah 1 kenangan manis yg tak dapat aku lupakan sampai bila2.
Setiap hari rutin kami adalah sama, jam 0500H kena pergi solat subuh di surau. Sebelum tu kena berbaris dulu jam 0400H di Amri Pangkalan (tempat simpanan senjata api) untuk ujian kawad senjata. Korang bayangkan la jam 0400H dah kena berbaris kt depan Amri tu utk ambil senjata. Kalau setakat tidur atas tar tu dah jadi perkara biasa buat kami. Tak kira lelaki or perempuan, sama je. haha.. Yg bestnya time tu tak kira tempat dah. Asal ada tempat je dan ada masa terluang je memang tidur itu adalah 1 nikmat yg tak boleh nak ditafsirkan. Sampaikan dalam longkang pun blh tidur. Kat atas pokok mempelam la kat tepi kolam ikan la. Kebanyakan kitorang akan bawak tuala utk alas buat tilam tidur. Fuhhh nikmat yg tak terucap. haha
Lepas solat subuh, kami kena berkumpul kt tepi padang untuk sesi pt pagi dgn berpakaian sukan. Geng askar panggil pt bodoh (seluar pendek atas lutut dgn baju tshirt loreng, kasut putih tapak merah dgn stoking warna kelabu). Memang rare pakaian nih.. hahaha.. Masa PT pagi tu kalau tak muntah tu memang tak askar la jawabnya. haha..
Habis PT pagi (sesi melanyak). Kami dibenarkan untuk ke mess untuk makan jam 1000H. Sebenarnya lepas subuh tu kami disediakan makan pagi tapi aku taknak ambil resiko utk lembik (pewai bahasa askar) masa pt pagi tu. So masa makan jam 1000H tu la aku melantak makan walaupun x kena selera. Kadang2 bihun goreng dawai. Mee goreng campak2. Nasi lemak ntah apa rasa. Janji perut kenyang. hahaha.. Yg paling laku sekali roti mess la. Roti dia mcm jugak roti gardenia tu tapi cap apa pun aku tak tau la sebab tak pernah nampak ada cap. Yg tu je la yg sedap pun.. haha
Habis sarapan jam 1000H, kami kena balik mandi then bersiap sedia untuk sesi kawad pulak. Kira2 jam 1100H kami kena berbaris lengkap dgn berpakaian seragam (no 3) dan juga kasut kawad (ada paku di tapak kasut). Kami tidak dibenarkan pakai jam tangan. Semua pergerakan atau penentu masa menggunakan wisel oleh jurulatih.
Habis sesi kawad, kami dibenarkan pulak ke mess untuk makan tengahari. Makanan paling aku takleh lupa tu daging masak kicap, kalau baling kt cermin boleh pecah cermin. Kalau kena kepala mau ICU. hahaha.. Then kami diberikan rehat sekejap masa tu. Masa rehat ni la budak2 jahat memulakan projek mereka. Iaitu isap rokok beramai2. haha.. biasanya port kt bilik air. Bilik air ni besar. 2 blok dikongsi 1 bilik air. Ada 2 kolah besar dan 6 bilik air serta 6 tandas. Ada 2 pintu masuk, so 2 orang la kena cover pintu masuk tu. Kalau ada sebarang ancaman musuh je, para pengawal pintu kena berteriak "Assalamualaikum Kpl ke Sjn ke Tuan ke".. hehe. Lebih kurang mcm tu la. Aku dapat berhenti rokok dalam rekrut ni selama 1 minggu je. Mana diorg dpt stok rokok tu aku pun tak tau. Aku cuma tumpang sekaki je. haha.. Sepanjang dlm latihan tu aku tak pernah la kena tangkap isap rokok. Kawan2 aku ramai jugak la kena tangkap. Tapi kalau kena tangkap isap rokok tu memang makan tak habis la jawabnya. Ada buddy capoi aku tu kena tangkap, siap kena hukuman isap rokok 20 batang sekali cucuh. Korg bayangkan lah rokok 20 batang dok dlm mulut korg camana? Mau pening seminggu. hahaha.. Itu ok lg.. Ada yg kena minum air tembakau pun ada..
Lepas tu kami kena ke surau lagi utk solat zohor. Jam 1400h pulak kami kena berbaris kt tempat berkumpul di blok untuk urusan petang pulak. Biasanya disebelah petang ni kami diberikan tugasan domestik. Iaitu urusan pembersihan dan segalanya yg mana tidak melibatkan training. Ada yg kena bersih surau la. Kena pergi tolong tukang masak la. Kena pergi potong pokok la. Macam2 la.. Yg paling best sekali kalau dapat buat tugas diluar kem.. Fuhhhh ibarat mcm terlepas dari penjara wooo..haha
Lepas habis rollcall je kami tidak dibenarkan berkeliaran. Kena masuk tidur. Siap kelambu lagi ko. Kalau sesiapa yg ditangkap tak tidur lg masa tu, jawab dia memang makan tak habis la. So kami2 yg budak2 nakal ni mula la projek. Masak meggi la, isap rokok la. Macam2 hal la masa ni. Tapi setiap aktiviti ni kena ada yg cover line. Biasanya budak2 nerd la yg jadi mangsa. hahaha... Aku ni bukan jenis pembuli tapi aku join geng ni sebab boleh safekan diri aku dari dibuli. hahaha
Begitulah rutin harian kami sampai la bulan yg ke3. Masuk bulan yg ke4 baru lah kami dibenarkan keluar kem latihan tu. Masa tu jugak kami diberi kelebihan utk bebas sikit. Pakaian PT pun dah dibolehkan utk pakai seluar track. So tak la nampak mcm apek nak pergi pasar. Banyak jugak la kenangan aku bergambar dgn kawan aku masa latihan tu. Tapi gambar2 tu aku pun lupa letak kat mana. Kalau pakai smartphone macam sekarang ni boleh la aku simpan dalam laptop. Kenangan semasa rekrut ni la yg byk sekali. Kenangan manis mahupun pahit yg memang takkan dilupakan sampai bila2.
Masuk bulan ke3 ni best sebab kitorang dibenarkan untuk keluar. Kami dibenarkan keluar bergilir-gilir. Sape yg dah keluar minggu lepas, minggu ni tak dibenarkan keluar. So senang kata 2 minggu sekali la kita dibenarkan keluar. Itupun terpulang kepada Pegawai Memerintah (CO) atau Ketua Jurutlatih (CI). Kalau diorg puas hati baru kami diberikan pelepasan.
Dapat keluar 1st day tu memang best gila la kan. Kami diberikan keluar pada jam 1000H dan balik sebelum jam 1800H. So pada kawan2 aku yg kampungnya dekat2 situ boleh la diorg balik rumah. Kami2 yg jauh ni terpaksa la dok situ lagi. Kawan2 ni la yg menemani sepanjang masa. Pakaian yg dibenarkan utk keluar hanya berpakaian planter atau baju kurung sahaja.
Sebelum keluar, kami kena isi buku keluar/masuk kem bagi anggota rekrut yg diletakkan di Balai Pengawal. Kena baris dulu, isi buku sorang2. Kalau yg jaga kaunter tu jenis yg tak suka kacau rekrut tu ok la tapi kalau yg jenis suka kacau tu penat la sikit. Silap hari bulan kena pusing padang kawad dulu. Senang kata siap berpeluh dulu la baru boleh keluar. Masalahnya memang jarang la tak berpeluh ketiak tu tiap kali nak keluar. Memang wajib la ibarat kata orang. hahaha. Takpe la janji boleh keluar. Nak berpeluh ke apa ke belakang kira. hehe
Dapat keluar je, benda pertama yg biasa kami cari sudah semestinya rokok. haha. Betapa nikmatnya dapat benda alah ni. Masa kitorg training tu elaun yg diberikan cuma RM150 je sebulan. RM50 wajib simpan, balance lg RM100 tu la yg nk buat bayar itu ini dan buat belanja nak beli apa2. Memang tak cukup la jawabnya. Tu yg boleh dikatakan tiap2 bulan aku call mak aku mintak dana sikit. haha. Dapat RM50 pun dah kira ok dah masa tu. Masa tu nak guna telefon pun kena guna public phone. Kat dalam kem tu ada 1 tempat je yg dibenarkan utk kami guna telefon. Kat kawasan blok rekrut tu jugak. Kt situ ada 2 public phone. So beratur la panjang2 bila ada masa free tu. Masa diberikan utk setiap org hanya 5 minit sahaja.
Ok berbalik pada cerita tadi. Kami akan berjalan kaki beramai-ramai dari kem STU tu ke Medan Gopeng utk naik bas ke Ipoh. Tempat yg memang port kitorang masa tu semestinya Kompleks Yik Foong la. Tempat paling femes kt Ipoh masa tu. Port budak2 rock tahun 80an dulu. Kat situ ada kedai game, snuker, wayang dan mcm2 la. Port geng aku selalunya kt snuker atau game la. Nak shopping tu memang jarang sekali. Aku keluar pun dapat lepas duit bayar tambang bas dgn makan je kadang2 tu. Asalkan aku dapat keluar dari penjara tu pun dah kira bersyukur. huhu
Dipendekkan cerita bila semuanya selesai, tibalah masa untuk kami semua mengangkat sumpah taat setia. So kami kena berkumpul di padang kawad bersama beg2 yg kami bawa tu dengan berpakaian planters (baju kemeja lengan panjang putih bertali leher dan seluar slack hitam) manakala perempuan pula kena pakai baju kurung tak kira Islam atau tidak.
Sebelum angkat sumpah tu pihak pengurusan tanya kpd kami kalau ada sesiapa yg nak tarik diri sebelum angkat sumpah tu. Kalau lepas angkat sumpah tu memang tak boleh nak keluar dah la jawabnya. Kecuali ada kes tertentu seperti kes dadah atau masalah kesihatan. Masa tu ada la dalam 5 orang yg tak nak teruskan latihan tu. So mereka pun dibenarkan untuk balik. Aku ni memang dah niat dalam hati ikut mana pun aku akan habiskan latihan ni. Buat malu orang kampung je kalau aku balik kampung. Dah la aku takde keje kt ganu tu. huhu
Lepas tu kami pun angkat sumpah beramai-ramai di tengah2 padang kawad tu. Habis je angkat sumpah, kami diserahkan kpd pihak STU Ipoh daripada pihak pengambilan untuk urusan seterusnya. Then kami diberikan masa 5 minit untuk ke tempat berkumpul di blok rekrut. Apa lagi, berterabur semua lari pergi ke sana pulak.. hahaha
majlis angkat sumpah (gambar hiasan)
Lepas tu kami diberikan sesi taklimat dan pembahagian blok yg baru pulak. Aku diberikan untuk tinggal di blok 70. Blok aku adalah blok paling hujung sekali, dekat dengan selekoh. Ada pokok gelang yg besarnya 3 pemeluk dan juga pokok buluh manik (yg kuning tu) dan juga dikelilingi pokok bunga pagar serta macam2 lg pokok bunga. Then kami yg semua penghuni blok 70 bergerak ke blok bersama-sama incas blok tu untuk sesi suaikenal. Sampai je kt blok 70 tu, jurulatih tu tanya "sape merokok sila tinggalkan diluar blok ni. Tidak dibenarkan kamu merokok semasa sesi latihan ni selama 6 bulan ni. Sesiapa yg ditangkap merokok, nahas jawabnya." Aku tengok ramai perokok2 ni campak rokok depan jurutlatih tu. Aku pun ikut sama. Lepas tu jurulatih tu suruh buang sekali pemetik api. Masa tu aku takde lighter tapi aku ada zippo!! Dah la aku syg gila kt zippo aku ni. Aku dah siap mod buat bunyi ketingggg bila bukak penutup tu. Adehhh camana nih? Kalau aku kena tangkap sakit pulak jawabnya. Aku malas nak panjang cerita, aku terus campak zippo kesayangan aku tu depan jurulatih tu (dia yg suruh campak). Kawan sebelah aku tengok, dia cakap "wehhh... zippo tu.. syg wehhh...". Aku cakap la.. "dari aku kena dengan jurulatih ni baik aku serah je kt dia. Benda ni boleh beli lain.. takpe lahh". Kawan aku tu angguk berserah je la..haha
lebih kurang mcm ni la zippo aku tu. Lawa kan?
So lepas tu kami pun diberikan kebebasan memilih untuk berkongsi katil dengan sesiapa pun. Pada masa tu maklum lah kami saling tak kenal antara 1 sama lain. So aku redha je la dok dgn sape pun. So buddy capoi aku (bahasa askar) nama dia sahim, orang melaka. Skot2 aku panggil dia dgn panggilan joe. Sampai skrg ni joe buddy baik aku. So mula pada hari tu bermula lah episod aku menjadi anggota rekrut Tentera Udara. Selagi belum habis atau passing out, selagi tu belum tentu lagi kami akan menjadi anggota TUDM. Kami selalu diberi nasihat oleh team Pengambilan TUDM dan juga jurulatih utk sering menjaga dari semasa latihan. Berhati-hati dalam semua aspek agar tidak tercedera atau mendapat apa2 kecelakaan. Kalau apa2 yg jadi yg melibatkan fizikal atau mental, kemungkinan kami akan dihantar pulang dan tidak akan diterima lg utk meneruskan latihan mahupun utk menjadi seorg anggota TUDM.
Pada keesokan harinya, kami semua dikehendaki pergi ke tempat gunting rambut. Kena kasi potong macam rambut askar la derrr...huhu.. Dah la masa tu aku ni antara rekrut yg berambut panjang jugak la. Kira2 cecah bahu jugak la rambut aku tu. Tapi dalam ramai2 tu ada sorang ni rambut dia dh mcm mat rock. Panjang gila sampai lebih bahu. Masa kena potong tu ada la sorang awek ni tegur aku alahaii sayangnya rambut panjang kena potong. Aku just senyum je la. Nak buat camana kan? Dah nak sangat jadi soljar..hehe
contoh rambut yg dibenarkan semasa training
Kami diberikan masa lebih kurang 1 minggu untuk settlekan masalah rambut kami ni. Maklum la kami ramai, tukang gunting cuma 2 org je masa tu. Memang kebas la tangan diorg tu. hahaSo pada keesokan harinya, bermula la sesi Suaikenal ataupun dipanggil minggu orentasi. Hari pertama kami dikenalkan tempat2 di dalam kawasan TUDM Ipoh tu dengan berlari beramai-ramai. Sampai je satu2 tempat, macam2 la kena buat, kena pumping la kena lari la. Ikut suka jurulatih tu la. hahaha... Hari kedua pula kami diberikan baju2 seragam di stor pakaian. Bermula dari pakaian no 1 hingga la no 9. Jenuh jugak la kami yg baru2 nk jadi askar ni nak ingat jenis2 pakaian ni pada mulanya. Dah lama2 tu ok la. hehe.. Baju dan seluar tu diorg pakai baling2 je. Sape yg dapat ikut saiz tu ok la. Tapi majoriti saiz besar2. So terpaksa la kami hantar ke tailor untuk alter kecikkan baju or seluar tu. Semua tu adalah percuma. Hehe..
So dipendekkan cerita pada minggu pertama tu kami banyak diberikan dengan urusan pertadbiran sahaja. Belum bermula betul2 punya training lagi tapi dah macam2 kami kena.. haha..
Pada minggu kedua tu la kami dikenalkan dgn bermacam2 style training tentera. Berguling (side roll), foward roll, lompak katak, kongkek babi, starjump, skuadjump, PT 10, comando rest dan macam2 lg la. Kami kena bangun jam 0500H untuk persediaan solat subuh di surau. 5 waktu kami kehendaki pergi ke surau. Surau pulak agak jauh dari blok kami. Untuk solat, kami kena pakai baju melayu lengkap bersampin. Setiap minggu untuk solat Jumaat, kami kena berbaris beramai2 berkawad utk ke masjid terdekat. Iaitu masjid medan gopeng. Pisang yg disediakan kt masjid tu habis kat kami je la jawabnya. Itu adalah salah 1 kenangan manis yg tak dapat aku lupakan sampai bila2.
comando rest
Setiap hari rutin kami adalah sama, jam 0500H kena pergi solat subuh di surau. Sebelum tu kena berbaris dulu jam 0400H di Amri Pangkalan (tempat simpanan senjata api) untuk ujian kawad senjata. Korang bayangkan la jam 0400H dah kena berbaris kt depan Amri tu utk ambil senjata. Kalau setakat tidur atas tar tu dah jadi perkara biasa buat kami. Tak kira lelaki or perempuan, sama je. haha.. Yg bestnya time tu tak kira tempat dah. Asal ada tempat je dan ada masa terluang je memang tidur itu adalah 1 nikmat yg tak boleh nak ditafsirkan. Sampaikan dalam longkang pun blh tidur. Kat atas pokok mempelam la kat tepi kolam ikan la. Kebanyakan kitorang akan bawak tuala utk alas buat tilam tidur. Fuhhh nikmat yg tak terucap. haha
lebih kurang mcm ni tuala askar
tuala issue askar
Lepas solat subuh, kami kena berkumpul kt tepi padang untuk sesi pt pagi dgn berpakaian sukan. Geng askar panggil pt bodoh (seluar pendek atas lutut dgn baju tshirt loreng, kasut putih tapak merah dgn stoking warna kelabu). Memang rare pakaian nih.. hahaha.. Masa PT pagi tu kalau tak muntah tu memang tak askar la jawabnya. haha..
Habis PT pagi (sesi melanyak). Kami dibenarkan untuk ke mess untuk makan jam 1000H. Sebenarnya lepas subuh tu kami disediakan makan pagi tapi aku taknak ambil resiko utk lembik (pewai bahasa askar) masa pt pagi tu. So masa makan jam 1000H tu la aku melantak makan walaupun x kena selera. Kadang2 bihun goreng dawai. Mee goreng campak2. Nasi lemak ntah apa rasa. Janji perut kenyang. hahaha.. Yg paling laku sekali roti mess la. Roti dia mcm jugak roti gardenia tu tapi cap apa pun aku tak tau la sebab tak pernah nampak ada cap. Yg tu je la yg sedap pun.. haha
Habis sarapan jam 1000H, kami kena balik mandi then bersiap sedia untuk sesi kawad pulak. Kira2 jam 1100H kami kena berbaris lengkap dgn berpakaian seragam (no 3) dan juga kasut kawad (ada paku di tapak kasut). Kami tidak dibenarkan pakai jam tangan. Semua pergerakan atau penentu masa menggunakan wisel oleh jurulatih.
kasut kawad
latihan kawad kaki
Habis sesi kawad, kami dibenarkan pulak ke mess untuk makan tengahari. Makanan paling aku takleh lupa tu daging masak kicap, kalau baling kt cermin boleh pecah cermin. Kalau kena kepala mau ICU. hahaha.. Then kami diberikan rehat sekejap masa tu. Masa rehat ni la budak2 jahat memulakan projek mereka. Iaitu isap rokok beramai2. haha.. biasanya port kt bilik air. Bilik air ni besar. 2 blok dikongsi 1 bilik air. Ada 2 kolah besar dan 6 bilik air serta 6 tandas. Ada 2 pintu masuk, so 2 orang la kena cover pintu masuk tu. Kalau ada sebarang ancaman musuh je, para pengawal pintu kena berteriak "Assalamualaikum Kpl ke Sjn ke Tuan ke".. hehe. Lebih kurang mcm tu la. Aku dapat berhenti rokok dalam rekrut ni selama 1 minggu je. Mana diorg dpt stok rokok tu aku pun tak tau. Aku cuma tumpang sekaki je. haha.. Sepanjang dlm latihan tu aku tak pernah la kena tangkap isap rokok. Kawan2 aku ramai jugak la kena tangkap. Tapi kalau kena tangkap isap rokok tu memang makan tak habis la jawabnya. Ada buddy capoi aku tu kena tangkap, siap kena hukuman isap rokok 20 batang sekali cucuh. Korg bayangkan lah rokok 20 batang dok dlm mulut korg camana? Mau pening seminggu. hahaha.. Itu ok lg.. Ada yg kena minum air tembakau pun ada..
lebih kurang mcm ni la hukuman dia (gambar hiasan)
Lepas tu kami kena ke surau lagi utk solat zohor. Jam 1400h pulak kami kena berbaris kt tempat berkumpul di blok untuk urusan petang pulak. Biasanya disebelah petang ni kami diberikan tugasan domestik. Iaitu urusan pembersihan dan segalanya yg mana tidak melibatkan training. Ada yg kena bersih surau la. Kena pergi tolong tukang masak la. Kena pergi potong pokok la. Macam2 la.. Yg paling best sekali kalau dapat buat tugas diluar kem.. Fuhhhh ibarat mcm terlepas dari penjara wooo..haha
contoh jiwa murni yg dijalan oleh pusat latihan TUDM Ipoh
Lebih kurang jam 1700H kami diberikan pelepasan utk preparation ke surau utk solat maghrib dan isyak pulak. Masa ni la kami ambil peluang untuk tidur setelah 1 hari kena lanyak. hahaha.. Lepas isyak je, kami kena berkumpul lagi utk rollcall malam. Masa ni la biasanya jurulatih yg bertugas akan merapu-rapu, melanyak2 kami dan macam2 lg la. Sampai la jam 0000H. Kadang2 tu terlebih jugak. hahaLepas habis rollcall je kami tidak dibenarkan berkeliaran. Kena masuk tidur. Siap kelambu lagi ko. Kalau sesiapa yg ditangkap tak tidur lg masa tu, jawab dia memang makan tak habis la. So kami2 yg budak2 nakal ni mula la projek. Masak meggi la, isap rokok la. Macam2 hal la masa ni. Tapi setiap aktiviti ni kena ada yg cover line. Biasanya budak2 nerd la yg jadi mangsa. hahaha... Aku ni bukan jenis pembuli tapi aku join geng ni sebab boleh safekan diri aku dari dibuli. hahaha
Begitulah rutin harian kami sampai la bulan yg ke3. Masuk bulan yg ke4 baru lah kami dibenarkan keluar kem latihan tu. Masa tu jugak kami diberi kelebihan utk bebas sikit. Pakaian PT pun dah dibolehkan utk pakai seluar track. So tak la nampak mcm apek nak pergi pasar. Banyak jugak la kenangan aku bergambar dgn kawan aku masa latihan tu. Tapi gambar2 tu aku pun lupa letak kat mana. Kalau pakai smartphone macam sekarang ni boleh la aku simpan dalam laptop. Kenangan semasa rekrut ni la yg byk sekali. Kenangan manis mahupun pahit yg memang takkan dilupakan sampai bila2.
Masuk bulan ke3 ni best sebab kitorang dibenarkan untuk keluar. Kami dibenarkan keluar bergilir-gilir. Sape yg dah keluar minggu lepas, minggu ni tak dibenarkan keluar. So senang kata 2 minggu sekali la kita dibenarkan keluar. Itupun terpulang kepada Pegawai Memerintah (CO) atau Ketua Jurutlatih (CI). Kalau diorg puas hati baru kami diberikan pelepasan.
Dapat keluar 1st day tu memang best gila la kan. Kami diberikan keluar pada jam 1000H dan balik sebelum jam 1800H. So pada kawan2 aku yg kampungnya dekat2 situ boleh la diorg balik rumah. Kami2 yg jauh ni terpaksa la dok situ lagi. Kawan2 ni la yg menemani sepanjang masa. Pakaian yg dibenarkan utk keluar hanya berpakaian planter atau baju kurung sahaja.
pakaian yg dibenarkan utk outing
Sebelum keluar, kami kena isi buku keluar/masuk kem bagi anggota rekrut yg diletakkan di Balai Pengawal. Kena baris dulu, isi buku sorang2. Kalau yg jaga kaunter tu jenis yg tak suka kacau rekrut tu ok la tapi kalau yg jenis suka kacau tu penat la sikit. Silap hari bulan kena pusing padang kawad dulu. Senang kata siap berpeluh dulu la baru boleh keluar. Masalahnya memang jarang la tak berpeluh ketiak tu tiap kali nak keluar. Memang wajib la ibarat kata orang. hahaha. Takpe la janji boleh keluar. Nak berpeluh ke apa ke belakang kira. hehe
Dapat keluar je, benda pertama yg biasa kami cari sudah semestinya rokok. haha. Betapa nikmatnya dapat benda alah ni. Masa kitorg training tu elaun yg diberikan cuma RM150 je sebulan. RM50 wajib simpan, balance lg RM100 tu la yg nk buat bayar itu ini dan buat belanja nak beli apa2. Memang tak cukup la jawabnya. Tu yg boleh dikatakan tiap2 bulan aku call mak aku mintak dana sikit. haha. Dapat RM50 pun dah kira ok dah masa tu. Masa tu nak guna telefon pun kena guna public phone. Kat dalam kem tu ada 1 tempat je yg dibenarkan utk kami guna telefon. Kat kawasan blok rekrut tu jugak. Kt situ ada 2 public phone. So beratur la panjang2 bila ada masa free tu. Masa diberikan utk setiap org hanya 5 minit sahaja.
Ok berbalik pada cerita tadi. Kami akan berjalan kaki beramai-ramai dari kem STU tu ke Medan Gopeng utk naik bas ke Ipoh. Tempat yg memang port kitorang masa tu semestinya Kompleks Yik Foong la. Tempat paling femes kt Ipoh masa tu. Port budak2 rock tahun 80an dulu. Kat situ ada kedai game, snuker, wayang dan mcm2 la. Port geng aku selalunya kt snuker atau game la. Nak shopping tu memang jarang sekali. Aku keluar pun dapat lepas duit bayar tambang bas dgn makan je kadang2 tu. Asalkan aku dapat keluar dari penjara tu pun dah kira bersyukur. huhu
kompleks Yik Foong
sekarang dah lengang
Semua pergerakan kami pada masa tu hanya dgn berjalan kaki je. Cuma dari Medan Gopeng utk ke Ipoh je kami naik bas. Jauh tu kalau nak jalan kaki. Mau tercabut lutut tu. huhu. So oleh kerana pergerakan terbatas, kami punya port hanya area bandar Ipoh sahaja.
Biasanya kami akan pulang semula ke kem sebelum jam 1800H. So dalam jam 1500H atau jam 1600H kami akan masuk semula lapor ke balai pengawal utk masuk ke kem. Dan bila nak masuk tu kami kena pastikan kami clean. Tak boleh seludup apa2 yg dilarang seperti rokok, lighter apatah lagi dadah terlarang. Kalau dapat tangkap oleh geng Provos tu memang sakit la jawabnya. Semenjak training tu aku tak pernah la seludup apa2 masuk kem tu. Memang aku tak berani dan aku tak sanggup nak hadapi hukuman tu.. hahaha
Kalau hari sabtu dah dapat keluar, hari ahad kami cuma buat urusan pertadbiran je la. Basuh baju ke kilat kasut ke. Hantar baju ke dobi ke tailor ke. Semuanya free..huhu
Bab kilat kasut ni la best. Budak2 pramuda sekarang ni dah tak rasa semua tu sebab diorg diberikan semua kasut yg dah kilat. Masa aku dulu, kasut kawad la yg paling azab sekali nak kilatkan. Dah la dapat kasut tu jenis yg menggerutu, lepas tu suruh kilatkan siap nak nampak mcm cermin. Dalam hati aku cakap, gila ke diorg ni nak suruh kilatkan kasut yg macam ni. Boleh ke?? Jurulatih siap tunjukkan kasut dia nak kilat macam ni. Dia punya kilat, fuhhhhh... memang mcm cermin der...huhu
Jurulatih pun bagi la tips2 utk kilatkan kasut dan camana nak jadi kilat mcm kasut dia. Siap nk bagi hadiah sape2 yg boleh kalahkan kilat dari kasut dia. Tu yg bertambah semangat nak kilatkan kasut. Siap letak lilin, tampal kiwi then bakar then kilatkan slow2. Mula2 tu memang tak kilat sgt la. Tapi bila dah hari2 tu je keje kami. Asal ada masa kosong je kami beramai-ramai kilat kasut, last2 kasut kami memang boleh dibuat cermin. Memang puas hati bila dpt hasil mcm tu. Siap bandingkan dgn kawan2 lg kasut sape yg lagi kilat. hehe

mcm ni la contoh kilatkan kasuh
Bila masuk 4 bulan berada disitu, latihan kami agak kurang sikit dari bulan pertama hingga ke 3. Bukan kurang latihan, maksudnya kami lebih diberikan ilmu2 ketenteraan. Latihan tetap sama cuma kami tidak dibelasah teruk la. hehe.. Aku paham kenapa masa mula2 tu kami diberikan latihan yg agak teruk. Kerana utk mengubah dan membentuk kami dari jiwa seorang awam kepada jiwa dan disiplin seorang anggota tentera. Seperti juga yg termaktub didalam Ikrar Kesatria.
Ikrar Kesatria ATM
Kami byk didedahkan ilmu2 ketenteraan seperti bagaimana nak mengendalikan senjata api serta menembak, berkawad dgn senjata, Tempur Tanpa Senjata (TTS), senaman dgn senjata, perlawanan sukan antara sayap, compass matching, latihan dalam hutan dan mcm2 lagi. So taklah boring sgt masa latihan tu asyik benda yg sama je setiap hari masa 3 bulan pertaman tu. Pada setiap malam, kami selalu didedahkan dgn ceramah agama dari ustaz pangkalan. Aku masih ingat lg masa tu Ustaz Kapten Nik sebagai Pegawai Agama Pangkalan. Dia org Kelantan, agak pekat la jugak dia punya Kelantan tu tapi dia memang lawak. Kira ala-ala UAI la jugak cuma dia tak femes la mcm UAI tu. huhu... tapi lawak2 ustaz nik tu pun tak boleh nk lawan lg kami punya tahap mengantuk ni. Tidur tetap kena tidur.. hahaha
tempur tanpa senjata (gambar hiasan)
So bila bulan2 terakhir latihan kami tu, kami dah diberikan latihan utk Majlis Penutup Rekrut siri aku iaitu siri 21/95. Lebih kurang 3 bulan yg terakhir tu kami byk memberikan tumpuan utk majlis itu. Kepada sesiapa yg agak tak berapa smart utk masuk prade tu, diorg diberikan tasking utk jadi pengawal medan. Jadi pengawal medan ni penat sikit sebab dia yg masuk dulu then dia keluar last sekali. Tugas pengawal medan ni, diorg akan berjaga dikeliling padang kawad. Ibarat di medan perang, diorg ni adalah pengawal dan memastikan tiada pihak musuh akan mencerobohi kawasan tu. Kawad diorg tu senang je, baris sedia, senang diri, hormat senjata. hihi
Kami semua kena mainkan peranan lain pulak lepas tu. Maksud aku semua org kena involve dgn persembahan seterusnya pulak lepas kawad tu. Pada mulanya aku terlibat dgn persembahan gymnastik tapi oleh kerana aku injurt lps buat beberapa penerbangan tu, aku terpaksa diturunkan takhta join geng main kayu log pulak. hahaha
masa aku terbang mcm ni la aku injurt
Kalau ikut jadual, intake aku tu akan tamat latihan pada bulan Apr 1996 tapi oleh kerana kami terlibat dgn bermacam-macam aktiviti lain, terpaksa dipanjangkan latihan kami. Antara event yg kami terlibat, Kawad Panji-panji TUDM di TUDM Kuantan pada tahun 1996. 1st time kami yg terlibat dgn kawad diberikan peluang oleh pihak tertinggi TUDM utk menaiki pesawat TUDM iaitu Pesawat Charlie C-130H. Memang bertuah sgt kami masa tu sedangkan ada dikalangan anggota TUDM yg dah berkhidmat lama masih belum dpt naik pesawat tu. Aku tak nafikan ada juga dikalangan anggota TUDM yg tidak pernah merasa menaiki walaupun 1 jenis pesawat TUDM didalam perkhidmatan dia.
Masa kami kawad kt Kuantan tu kami agak bebas sikit la sebab kami diberikan kebenaran utk keluar kem mcm anggota bujang yg lain jugak. Hari2 boleh keluar tapi aku tak la keluar hari2 sebab penat kawad sebelah pagi tu. So biasanya habis kawad tu kami tidur je la bilik bujang. Habis je kawad Panji-panji ni kami kena pulak involve dgn kawad Tamat Passing out Pegawai Speacial Duty (SD) di Ipoh. Ada sorg yg kami kenal sgt2 masa tu iaitu BWO (Base Waren Officer) Ipoh, PW U I Mat Janai nama dia. Masa di jadi BWO kami dulu selalu jugak la dia dok kacau kami. Kalau dia marah dia tak kira dah.. dgn tongkat dia baling. Tak kira lelaki ke perempuan ke dia hantam semacam je. hahaha
PW U I Mat Janai (no 2 dari kanan)
Habis je kawad SD tu kami kena pulak involve dgn kawad Hari Kebangsaan masa tu tuan rumah kt Kota Kinabalu. Tapi aku tak terlibat dgn kawad tu sebab diorg ambil tak ramai, dalam 100 org macam tu je. So kami yg tak kena ni dok kt Ipoh buat urusan pertadbiran je la. So lepas tolak tambah sume, kami akhirnya diputuskan oleh pihak atasan utk passing out pd bulan Jul 1996 (aku lupa tarikh). hahaha. Yg penting masa tu mak dan ayah aku datang tengok aku ditemani kakak ngah aku dan suaminya yg juga seorg tentera (TLDM). Masa kami passing out tu Panglima Tentera Udara masa tu ialah Lt Jen Dato' Seri Abdul Ghani bin Abdul Aziz TUDM.
Lt Jen Dato' Seri Abdul Ghani bin Abdul Aziz TUDM.
perbarisan tamat latihan rekrut (gambar hiasan)
persembahan tatoo (gambar hiasan)
persembahan terjun payung (freefall)
Aku ingatkan lepas passing out tu dah boleh balik ke kg dah tapi tanggapan aku salah kerana kami diberikan tugasan baru pulak, iaitu kena buat persembahan tattoo (gymnastik) di SUKMA (yg ke berapa aku lupa) di Ipoh pada masa tu. So terpaksa la kami stay lagi di Ipoh tu utk lebih kurang 1 bulan lg.
Kebetulan pada masa tu, junior kami iaitu intake 22/96 dah lapor ke Ipoh utk sesi latihan, So terpaksa la kami dipindahkan ke blok staf yg jaraknya jauh sikit dari blok rekrut tu. Jurulatih siap bagi warning kt kami, "korang jgn nak pandai2 nk regging junior korg pulak ye? kalau dapat tangkap sakit korg", last sekali ayat jurulatih tu cakap "kalau nak amik sikit2 takpe la asalkan jgn patah atau korang pukul2 diorg dah la".. Fuhhhh bila ada jurulatih cakap mcm tu je, so ada masa terluang je kami regging sikit2 je la diorg tu. Kira kami buat pra2 latihan la gitu. hahaha
So dipendekkan cerita lepas habis je show utk SUKMA tu, kami dibenarkan utk balik ke kg halaman kami dan diberikan cuti selama 2 minggu sebelum melaporkan diri ke unit masing2 yg ditugaskan. Aku dipostingkan ke PU Butterworth tapi buddy aku si joe tu kena posting ke Subang dan sorg lg buddy aku zainal abidin (din) kena posting ke PU KL.
Diposting yg akan datang aku akan ceritakan pengalaman aku lapor di TUDM Butterworth pada tahun 1996 tu.
Wassalam w.r.t
mana sambungan ... ��
ReplyDeleteKamu nak sambungan tuan. Hehe
ReplyDeleteHye sir... When u will post the second episode???
ReplyDeletelamaa sambungan
ReplyDeletesempoi
ReplyDeletetak ada update ke?
latihan lebih kurang tentera darat juga ya?
ReplyDeleteHai jiran kl base ...
ReplyDeleteHa ha.. Semua da bersara yg masok tahun 1995
ReplyDeleteBest kisahnya, sambunglerrr😁
ReplyDelete