Followers

Friday, July 13, 2018

PENGENALAN DIRIKU SEBELUM BERGELAR ANGGOTA TUDM

As salam dan salam sejahtera kepada semua yg sudi membaca blog saya ini.

Tujuan utama saya membuat blog ini adalah untuk berkongsi serba sedikit berkenan kehidupan saya yg sederhana ini.
Terlebih dahulu saya ingin perkenalkan diri saya. 

Nama saya Muhammad Nazri, berasal dari Kg Pagar Ubi, Tepoh, Kuala Terengganu. Telah berumah tangga dan mempunyai 6 cahayamata yg comel2 belaka. Isteri sy berasal dari Kulai, Johor. Sekarang sy menetap di Kuala Lumpur selama 7 tahun lebih. Saya adalah anak ke 6 dari 9 org adik beradik. 6 lelaki dan 3 perempuan. Dan semuanya sudah berumahtangga. Sy mempunyai 35 org anak sedara. Ramai tak?? Time raya tu nak bagi duit raya senak wooo. Budak2 sekarang ni takat 5 hinggit pun diorg tak pandang lagi. adehhhh.. takpe lah kira sedekah la 1 tahun sekali kt anak2 sedara ni. 

Masjid Kampung Saya

Lorong nak masuk ke rumah kt kg saya
(gambar ihsan google street view)
 
ni haa rumah kg saya, siap ada gazebo lg kat depan tu buat tempat lepak
(gambar ihsan google street view)
 
depan rumah ada pokok durian D24..hihi
(gambar ihsan google street view) 
 
gambar lama dan rumah pun lama. Sekarang dh byk berubah

Sekarang kerjaya sy adalah sebagai Juruaudit di pasukan keselamatan negara. Diposting yg akan datang sy akan ceritakan serba sedikit tentang kerjaya saya.

Saya bersekolah di kampung halaman sy dari sekolah rendah hingga lah ke sekolah menengah. Sekolah rendah sy Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka, Tepoh Kuala Terengganu. Lbh krg 700 meter dari rumah ibubapa sy. Hari-hari sy ke sekolah dgn berjalan kaki bersama kawan2 sy. Pada masa tu takde cerita2 budak2 ke colek ke apa. So memang kita tak takut la pergi ke sekolah walaupun berseorangan pd masa tu kan? Ibubapa pun tak lah risau sgt nak lepaskan anak2 diorg pergi main or pergi mana2. Ye la masa budak2 dulu asal balik sekolah je, letak beg, pergi makan then terus panggil kawan2 ajak pergi main. Dah magrib baru nampak muka. hahaha... Mana semak kita tak masuk waktu tu. Segala ceruk masuk. Best kan bila teringat balik masa zaman kita budak2 dulu. Tapi sekarang ni tak leh la macam tu. Macam2 kes sekarang ni. Kalau boleh 24 jam nak kena pantau budak2 sekarang ni. Dengan bahaya didunia luar la, dengan masalah internet tanpa batasan la. So sama2 lah kita sebagai ibubapa ni memantau aktiviti anak2 kita ye. Moga anak2 kita akan menjadi seorang yg berguna pada agama, bangsa dan tanah air kita yg tercinta ini serta taat pd ibubapa dan soleh/solehah hendaknya. Amin....

sekolah rendah sy
(gambar ihsan google street view)
 
Sekolah menengah sy jauh sikit dari rumah sy pada masa tu. Kira2 12km dari rumah sy ke sekolah tu. Pada mulanya sy pergi ke sekolah dengan menaiki basikal tp mana tahan baiii.. jauh tuuu.. kalau pergi naik basikal, at least kul 7 pagi tu sy dh gerak dan ngam2 sampai sekolah kul 7.45 pagi. Tapi kalau hari ahad (sebab kt sana hari ahad sekolah) sy kena awal lg sebab pintu pagar tutup jam 7.30 pagi. Masa sy dh masuk form 2, sy dh start bawak motor ke sekolah. Walaupun takde lesen, pandai2 la...huhu.. sy dapat lesen masa sy form 4. Ye la had umur utk buat lesen paling awal pun 16 tahun kan? huhu

Nama sekolah tu, Sekolah Menengah Agama Batu Rakit. Parents sy yg nak sgt sy ke sekolah ni. Kawan2 sy dok gelar sy pak arab sebab sekolah sy tu sekolah bahasa arab. Adehhh layankan je la walaupun sy x berapa fasih sgt bahasa arab nih. hihi.. Yg paling sayang sekali sekolah menengah sy tu tak tahan lama sebab ditutup dan digantikan dengan sekolah baru dan dipindahkan ke tempat lain. Tak silap sy sekolah sy tu digantikan dengan nama sekolah integrasi. Nak masuk sekolah tu pun bukan senang. At least kena ada 4A UPSR baru layak masuk. Masa sekolah lama sy tu dulu nak masuk pun at least 3A. Kira sekolah budak2 pandai la tu. hihi...

 sekarang sekolah ni dah ditukar jadi ni haa

padang bola sekolah

bus stop tempat aku selalu tunggu bas kalau aku tak naik motor or basikal

 bangunan asal masih kukuh walaupun dah berusia lebih 40 tahun

Lepas SPM tu, masa tunggu result, sy ambil pengalaman berkerja ke luar Terengganu. Nak cari pengalaman la konon. Sebab masa tu ramai kawan2 sy yg berhijrah ke KL or JB utk cari kerja. Maklum la kt Terengganu tu gaji kecik. So masa tu sy menumpang di rumah abg sy yg no 3 kt Kajang. Sy berkerja sementara di Pasaraya Ocean Kajang (berhampiran pasara Kajang). Sekarang ni bangunan tu tak silap sy telah digantikan menjadi bank Rakyat dan juga bank Islam. Kebetulan pd masa tu abg sy beri kebenaran utk guna moto RX-Z dia. Fuhhh ibarat dunia ini ana yg punya. Masa tu sape yg guna RX-Z tu memang hebat la kan? hehe

bangunan asal Ocean Kajang sekarang dah jadi bank
 
ni la aku masa naik motor pinjam..huhu ensem tak? hehe


Lebih kurang 3 bulan sy berkerja di situ, then result SPM keluar. Sementara menunggu offer dari mana2 universiti or mana2 pusat pengajian tu sy masih berkerja disitu sehinggalah ramai kawan2 rapat sy berhenti then sy pun berhenti kerja then balik kampung. Sy terus menunggu panggilan mana2 pusat pengajian utk menyambung pengajian sy pd masa tu tapi sy tak juga menerima mana2 panggilan. Sementara menunggu panggilan tu, sy tak buat apa2 kt kampung tu dan dah rasa boring gila2. Kebetulan masa tu sepupu sy ajak kerja kt singapore, kerja kontrak. Sy tengok diorg ni memang mewah la sebab gaji kt sana besar kalau convert duit RM.

So sy terima lamaran sepupu sy tu. Lepas buat passport, sy bagitahu mak dan ayah sy utk kerja kt sana. Pada mulanya mak sy tak izinkan tp bila dah lama sy pujuk then akhirnya mak sy izinkan sy pergi ke Singapore tu. Cuma pesan mak sy berhati2 bila berada di negara org yg kita tak biasa dgn budaya mereka. Biasalah mak kan? Mesti syg kt anak2nya. Masa tu masih boleh digunakan passport terhad tu (biru). So harga dia murah sikit la dari passport merah tu.

So sy pun bergerak la ke sana. Kebetulan kawan sekampung sy blk bercuti then sy pun ikut dia ke Singapore sekali dgn dia la. Kami naik bas dari Kuala Terengganu ke JB. Masa tu bus stand Larkin masih dlm pembinaan. Masa tu Bus stand JB masih di dekat2 KOMTAR JB. Tak silap sy stesen bas jalan trus nama dia. Sy ingat lagi kalau kitorg turun JB utk cop passport 14 hari sekali tu, kami lepak KOMTAR, wayang LIDO, pasar karat dan mcm2 lg la. Sy pun lupa sebab dah lama sgt. Maklum la masa tu baru tahun 1995. Korang dah lahir ke belum masa tu? hehe...

nostalgia bus stand jalan trus JB
(gambar ni jumpa kt google search)
Masa 1st time sampai Singapore tu memang mcm 'JAKUN' la ibarat org JB cakap. hehe.. memang berbeza dgn negara kita. Bersih sgt.. memang terjaga.. kalau nak isap rokok tak boleh sembarangan... kang sia2 je dpt surat cinta. Saman pulak kena bayar sebelum kita nk keluar dari negara dia. Kalau tak, jawab dia memang sangkut la. huhu... Lagipun majoriti kawan2 sy hisap rokok termasuk la sy. Untuk bawa masuk rokok pun ada had. Masa sy pergi tu boleh bawa 3 kotak (20 batang punya) tapi 1 kotak tu kena bukak dan sekurangnya luak 1 batang. Dah la rokok kat Singapore tu tak sedap.. huhu.. so kalau dah kehabisan rokok tu terpaksa la jugak beli rokok sing tu. Saya ingat lagi masa tu rokok dunhill 14 malaysia baru rm2.70 tapi dunhill 6 sing SGD1.90. Kalau tempat kita masa tu ada kotak 20, 14, 10 dan 7 batang. Tapi kt singapore diorg ada 20, 14, 10 dan 6 batang. Rasa dia alahaiii.. janji berasap je la..hahaha

lagenda dunhill malaysia

Masa tu kami dapat buat projek rumah condo di area Gelang Serai. Area tu memang ramai org melayu. So tak payah la nk speaking sgt. hehe.. tp utk speaking pun sy takde hal la sgt sebab sy boleh la sikit2 tu. Masa tu la.. hihi

Sy ingat lg masa tu gaji sy SGD80 1 hari. Boleh la sy hantar sikit duit utk mak bapak kt kg tu dan buat simpanan. Kerja kontrak ni memang penat tp berbaloi la dgn gaji yg dibayar. Cuma kami ni takde permit kerja. Just passport lawatan je. Kiranya kami ni telah menyalahgunakan passport bercuti tu utk berkerja la.hehe.. Dari pengalaman sy, byk kali jugak la kami kena kejar dgn depa punya imigresen. Nasib menyebelahi kami, kami tak pernah pun ditangkap imigresen mereka. Alhamdulillah...

Lebih kurang 4 bulan juga la sy mencari rezeki disana. Sampai 1 masa sy terfikir, sampai bila aku nak kerja mcm ni. Nak kawin, nk bagi anak org makan.. takkan nak ulang laik tinggal anak bini kerja tempat org ni susah jugak. So aku decide utk berhenti kerja then balik kg.

Kat kg pulak aku tak tau nk kerja apa. Then 1 ari tu kawan aku ajak kerja dgn dia. Kerja kontrak kauuu.. buat rumah.. sempat la 3 hari aku keje then aku tak tahan keje berpanas berhujan. Sampai mak aku cakap aku dh mcm anak india dah.. kelamm x nampak rupa melayu.. hahaha

Lepas tu aku cari keje lain, dapat la keje kt kilang supply cable utk kereta proton kt area cendering. Oleh kerana jarak tempat keje dgn rumah org tua aku tu agak jauh. Kira2 45 minit juga nk ke sana. Dah la naik motor honda cub je masa tu. huhu... So aku decide utk stay kt asrama dia. Macam2 org ada kt asrama tu. Aku ingat lg masa tu ada sorg budak dari Kuala Berang. Memang pekat gila dia punya bahasa kg dia tu sampai dia cakap apa pun aku tak paham walaupun aku ni org ganu. hahahaha...

Takde budak yg 1 kepala dgn aku. Masing2 buat hal sendiri. Aku tahan 3 malam je dok situ then aku ulang-alik dari kg aku ke kilang tu hari2. Masa tu aku keje shif. Kt kilang tu ada 2 syif je. Shif siang 8am hingga 3pm, then 3pm hingga 10pm. Aku ni jenis tak leh dok saje. Aku selalu buat overtime. Kalau masuk pagi, aku keje sampai kul 8 mlm. Kalau shif malam tu aku masuk awal la. Dalam kul 12pm aku dh g keje.  Tahan la 3 bulan aku keje kt situ. Gaji memang kecik la. Basic pay baru rm420. Kalau camput OT tu dapat la dalam rm600 sebulan. Lepas la buat aku makan. Tapi mak bapak aku tetap bagi walaupun sikit. Berkat tu penting. hihi

Sehingga lah 1 ari. Mcm biasa la aku terfikir camana aku nak tanggung anak dara org dgn gaji aku yg kecik ni. Ada la 1 ari tu aku ngeteh dgn kwn 1 kg dgn aku tu nama dia alias. Org kg aku panggil dia lias weng. Nama dia lekat dgn panggilan tu sebab dia panggil kren yg tukar mentol lampu jalan tu 'weng'... hahaha mcm2 hal. punya la lawak psl tu... terus kawan aku tu melekat dgn panggilan lias weng..

Berbalik pada cerita td. Masa tgh minum pagi tu, aku ternampak iklan temuduga TUDM di akhbar tempatan. Gaji permulaan RM500, belum campur elaun2 lain lg. Elaun masa latihan RM150. Boleh la tu kan? So aku ajak la kawan aku pergi temuduga sekali. Tapi masa tu kelayakan kawan aku tu tak mencukupi apa yg diorg nak. Aku cakap ko pergi je la.. mana tau ada rezeki.. 

So pada hari temuduga tu aku pun pergi la sama2 dgn kawan aku ni si lias weng tu. Sampai2 je tempat temuduga tu org dah ramai. Aku dah lewat setengah jam kauu.. apa lg aku, belum cop 10 jari pun aku dh kena tengking kt juruperiksa tu. "haaa apa lg yg 2 org tu terhegeh-hegeh ko ye!!! Lari laaaaa!!!"... Kami pun apa lg berlari mara mengadap la.. hahaha...

Masa tu org tak berapa minat sgt nk join askar ni. So masa aku interview tu ada la lebih kurang 30 org kot...haha.. yg pompuan tu tak sampai pun 10 org.. so lps depa test fitness dgn IQ test, ada la yg lepas dalam 10 org mcm tu. So kami yg 10 org ni pun tukar2 no telefon. Masa tu no telefon rumah la yg ada pun. Tu pun tak semua org mampu. Kalau x, public fon je la jawabnya.. haha

Dipendekkan cerita, dalam 10 org tu, dalam 5 org je yg berminat nak pergi training kt Ipoh, Perak. Pada mulanya ayah aku tak bagi pergi. Dia cakap 'mu minat ke askar ni? mu taknak masuk polis ke? mcm bapak sedara mu tu?' Aku pun ckp la tak minat polis. Takut nanti termakan rasuah.. huhu.. sampaikan pak sedara aku datang ke rumah aku utk pujuk suruh masuk polis. Sebab result SPM aku tu memang layak utk apply Inspector polis (masa tu la..). Sekarang ni nk masuk pegawai polis or tentera at least kena ada degree.

So dipendekkan cerita lg, aku pun pergi la ke Ipoh untuk memulakan latihan askar tu.. diposting yg akan datang, aku akan ceritakan lagi pengalaman aku masa latihan dan seterusnya ye? Hope u ollss enjoy cerita ni.. kalau ada sebarang cadangan or komen dipersilakan.. 

Sekian dulu utk kali ni. 

Wassalam w.r.t

4 comments:

  1. bang, sekarang paling kurang kena ada diploma kan? tapi lepas spm terus msuk pun boleh kan asalkan result ikut syarat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je ikut kelayakan...kalau just ada spm kena ambik jawatan koperal..ada diploma ambik sarjan..

      Delete
  2. Ujian fizikal mcm mana? Dia check apa je?

    ReplyDelete
  3. biasenye utk pemilihan akhir tu mcm mana??

    ReplyDelete